Berita Utama

1 lagi kluster baharu dikesan di Kedah

Wujud di Daerah Kuala Muda libat seorang anggota polis

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Satu lagi kluster baharu dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah, melibatkan seorang anggota polis lelaki warga tempatan, sebagai kes pertama kluster (kes ke-9114).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-9147) adalah merupakan rakan kerja kepada kes indeks, manakala punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 dan kes dikesan positif pada 14 Ogos 2020. Sehingga 14 Ogos 2020, 124 kontak rapat beliau telah disaring,” katanya dalam kenyataan akhbar perkembangan COVID-19 hari ini.

Daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif, lima negatif manakala 117 masih menunggu keputusan, katanya yang turut memaklumkan kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.

Jelasnya, pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan sanitasi telah dijalankan di lokasi yang dikenal pasti. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close