Pendapat

Beza di antara pejuang dengan petualang

Petualang senang cerita mereka merupakan pengkhianat!

PETUALANG bermaksud orang yang berusaha mendapatkan sesuatu dengan cara yang tidak jujur

Menipu, bermuka-muka, mencuri, menggadai, memanipulasi, mengugut, merasuah dan pelbagai cara lagi

Senang cerita mereka merupakan pengkhianat!

Kononnya memperjuangkan agama Islam, tapi akhlak asas Islam tidak terlihat pada diri dan ahli keluarga. Kepentingan Islam dan umat Islam diinjak-injak di bawah kepimpinan mereka

Kononnya memperkasakan bangsa Melayu, tapi mereka sendiri yang memaki dan merendah-rendahkan bangsa sendiri. Mereka berkulit sawo matang dan makan makanan Melayu, tapi ketaatan dan ketaksuban berkiblatkan Barat. Bangsa Melayu melarat dan mengemis di bumi sendiri di bawah kepimpinan mereka

Pejuang membina jati diri bangsa berasaskan lunas agama, petualang menghancurkannya atas nama kebebasan dan kesamarataan bersama.

Pejuang berkorban demi agama, bangsa serta tanah pertiwi, Petualang mengorbankan semua itu demi kepentingan diri dan kroni.

Pejuang berusaha penuh dedikasi, petualang tersenyum sinis dan menyebut, “Daddy kasi!”.

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button