Berita UtamaDunia

Australia kembali terima pelancong asing

Buka semula sempadan selepas tutup hampir dua tahun

CANBERRA, 19 Rejab 1443H, Isnin – Australia hari ini membuka semula sempadan antarabangsa sepenuhnya kepada pengembara yang divaksinasi terhadap jangkitan COVID-19, selepas hampir dua tahun ditutup susulan penularan pandemik itu.

Lebih 50 penerbangan antarabangsa akan ke negara itu sepanjang hari, termasuk 27 yang mendarat di bandar terbesar, Sydney tatkala sektor pelancongan dan perhotelan ingin membangun semula selepas lumpuh akibat sekatan COVID-19.

Menteri Pelancongan, Dan Tehan memberitahu penyiaran ABC berkata, akan ada pemulihan yang ‘sangat kuat’ dalam pasaran pelancongan dengan Qantas Airways ingin menerbangkan lebih 14,000 penumpang ke Australia minggu ini.

Pelancongan adalah salah satu industri terbesar Australia – telah menyumbang kira-kira A$60 bilion Australia (RM181 bilion) setahun kepada ekonomi negara – dan menggajikan kira-kira 5 peratus daripada tenaga kerja negara itu.

Namun, sektor itu lumpuh selepas negara itu menutup sempadannya pada Mac 2020.

Apabila sempadan dibuka semula sepenuhnya, wabak varian coronavirus Omicron dilihat melepasi kemuncak dengan kemasukan ke hospital semakin menurun sejak tiga minggu lalu.

Sebahagian besar jumlah pandemik Australia iaitu sekitar 2.7 juta kes yang disahkan telah dikesan sejak kemunculan Omicron pada akhir November.

Jumlah kematian direkodkan sebanyak 4,913.

Pautan terdahulu;

COVID-19: Kes terus meningkat di Australia menjelang pembukaan semula sempadan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button