Berita Utama

Kematian pemimpin Ikhwanul Muslimin bukti standard hak asasi manusia palsu

Kebencian ke atas sistem Islam dirancang, dilaksana secara global

BANGI, 24 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Kematian pemimpin berpengaruh Ikhwanul Muslimin, Dr Essam el-Erian semalam, membuktikan standard hak asasi manusia adalah palsu.

Dr Essam, 66, – pemimpin gerakan Islam Mesir – meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Tora, Kaherah akibat serangan jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute (IRIS), Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, kematian Dr Essam sama seperti yang berlaku ke atas bekas Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi, yang juga meninggal dunia di dalam tahanan.

“Seluruh dunia mengetahui bahawa mereka ini ditahan dalam penjara bukan atas sebab jenayah tetapi atas sebab politik.

“Namun hampir tiada desakan daripada negara-negara Barat yang memperjuangkan hak asasi manusia ke atas kerajaan Mesir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syed Ahmad Israa’ berkata, penangkapan dan kematian pemimpin gerakan Islam yang berpengaruh adalah satu strategi yaang dilakukan secara tersusun.

“Strategi ini merangkumi dua pendekatan iaitu menyerap (mengambil) tokoh yang boleh dibawa/ dipujuk masuk menyertai kem kerajaan, dan memenjarakan serta membunuh tokoh yang melawan.

“Kesan akhir yang diingini ialah terpadamnya denyut gerakan Islam secara menyeluruh,” kataya.

Beliau berkata, keadaan itu juga membuktikan bahawa kebencian dan permusuhan ke atas pembangun tamadun dan sistem Islam adalah kekal sejak dahulu sehingga kini.

“… ia dijalankan secara terancang dan dilaksanakan secara global (pola sama di Palestin, Xinjiang dan di kebanyakan negara Islam).

“Hal ini harus disedari oleh semua yang mempunyai hasrat membangunkan semula sistem Iama di tempat masing-masing.

“Apa pun aliran dan bentuk pendekatan dakwah atau aktivisme yang berteraskan kebangkitan semula sistem Islam akan berhadapan dengan keadaan yang dinyatakan di atas,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close