Dunia

Letupan Beirut: Parlimen Lubnan lulus serah kuasa kepada tentera

Kumpulan hak asasi resah pasukan keselamatan tindas orang ramai

BEIRUT, 24 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Parlimen Lubnan meluluskan perintah darurat yang memberikan kuasa besar kepada tentera, berikutan tragedi letupan dasyat di Pelabuhan Beirut, pada 4 Ogos lalu. 

Kabinet telah mengisytiharkan darurat selama dua minggu bermula 5 Ogos, sehari selepas tragedi yang menyebabkan sekurang-kurangnya 200 nyawa terkorban dan 6,000 yang lain cedera.

Parlimen pada Khamis memilih deklarasi darurat selama lapan hari, seperti yang diperuntukkan undang-undang walaupun ketetapan itu boleh ditolak.

Keadaan darurat membolehkan tentera mengekang kebebasan bersuara, berhimpun dan kebebasan akhbar, selain menangkap mana-mana individu yang mengancam keselamatan. 

Prosiding kehakiman akan dilakukan di mahkamah tentera negara itu, yang didakwa Human Rights Watch dan kumpulan hak asasi lain sebagai tidak mematuhi piawaian proses sewajarnya. 

Kumpulan hak asasi menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan darurat, kerana ia memungkinkan pasukan keselamatan menindas orang ramai yang marah kepada pemerintah susulan insiden itu. 

Keadaan darurat dikuatkuasakan sehingga 21 Ogos ini tetapi ia boleh disambung lagi.

Letupan besar – salah satu tragedi letupan bukan daripada nuklear – didakwa berpunca oleh 2,750 tan bahan kimia berbahaya yang disimpan di pelabuhan Beirut selama hampir tujuh tahun, dengan pengetahuan pegawai keselamatan dan ahli politik tertinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button