Berita Utama

2 restoran makanan segera, 1 kopitiam diarah tutup tak ikut SOP

6 premis makanan segera, kedai kek diberi notis amaran KKM

KEPALA BATAS, 25 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Dua buah restoran makanan segera dan sebuah kopitiam di sini diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam operasi bermula jam 4.00 petang semalam, polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pemeriksaan di restoran makanan segera dan kopitiam sekitar daerah itu sebelum mengambil tindakan terhadap tiga buah premis berkenaan.

“Tiga restoran itu didapati tidak mematuhi SOP dalam membendung penularan COVID-19 malah ada yang tidak mengehadkan jumlah pengunjung makan di premis mereka sehingga tiada penjarakan fizikal antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama malam semalam.

Beliau berkata, pemilik tiga restoran itu masing-masing turut dikenakan kompaun RM1,000 dan menurutnya polis akan meneruskan operasi bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP ditetapkan.

Katanya, selain itu enam premis makanan segera dan kedai kek turut diberikan notis amaran oleh KKM kerana pelbagai kesalahan berkaitan SOP. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button