Berita UtamaDunia

21 juta kes seluruh dunia, 400,000 jangkitan dalam 24 jam

Palestin rekod 432 kes baharu, keseluruhan 20,525 jangkitan

WASHINGTON, 25 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Lebih 21 juta kes jangkitan COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, dengan separuh daripadanya di Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.

Johns Hopkins University melaporkan sebanyak 400,000 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

AS terus kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan lebih 5.32 juta kes – 25 peratus daripada keseluruhan kes dikesan di negara itu.

Ia diikuti Brazil dengan 3.2 juta kes, manakala India 2.46 juta kes direkodkan setakat pagi ini.

Russia dan Afrika Selatan pula kini sudah melepasi setengah juta jangkitan dengan masing-masing merekodkan 910,778 kes dan 579,140 kes.

Sementara itu, negara seperti Mexico, Peru, Colombia, Iran, Chile, Sepanyol, dan United Kingdom pula kes jangkitan sudah mencecah angka 300,000 positif.

Di Palestin, Menteri Kesihatan memberi amaran berlaku peningkatan kes COVID-19 di seluruh wilayah yang diduduki Israel.

Pihaknya mengesahkan 432 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20,525.

Serentak itu, orang ramai digesa melindungi diri daripada COVID-19 dengan mematuhi amalan kebersihan sedia ada, yang terbukti amat berkesan bagi mencegah jangkitan virus itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button