Berita Utama

Cadangan siar Lagu Negaraku, bacaan Rukun Negara diteliti

Jalur Gemilang, pin berbentuk bendera pada setiap program

PADANG BESAR,  25 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang meneliti cadangan supaya semua media penyiaran menyiarkan lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara setiap 12 tengah hari.

Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, perkara itu diamalkan oleh beberapa negara dalam usaha mengindotrinasikan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat mereka.

“Kita mahu rakyat menghormati Rukun Negara, hormati negara dan mempunyai semangat patriotik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program [email protected] Komuniti Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, selain itu, KKMM turut bercadang menyediakan Jalur Gemilang dan pin berbentuk bendera pada setiap program bagi membangkitkan semangat cintakan negara.

“Nilai patrotik adalah lebih penting daripada nilai belanja yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan bagi memupuk semangat cintakan negara,” katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button