Berita UtamaDunia

Penjajah Israel lancar serangan baharu di Semenanjung Gaza

Wanita hamil, kanak-kanak cedera dalam serangan keenam Zionis

GAZA, 25 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Rejim pengganas Israel sekali lagi melancarkan serangan udara dan darat terhadap sasaran mereka di seluruh Semenanjung Gaza yang dikepung.

Lewat malam tadi, pesawat perang, helikopter dan kereta kebal negara penjajah Israel mengebom kedudukan kawasan dikepung, mendakwa bahawa mereka adalah kedudukan yang dipegang oleh pergerakan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan susulan serangan itu, rejim Israel berkata, serangan berkenaan dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan belon bahan bakar yang dihantar dari Gaza ke wilayah yang diduduki.

Serangan itu juga menyasarkan kompleks tentera laut, infrastruktur bawah tanah dan pos pemerhatian milik Hamas.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, seorang wanita hamil dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mengalami kecederaan dalam serangan terbabit dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Serangan semalam juga di kawasan kononnya digunakan Hamas adalah pencerobohan pada waktu malam keenam dalam minggu ini.

Rejim Israel sering melancarkan serangan terhadap kedudukan di kawasan yang disekat, menuduh kumpulan pejuang di sana melancarkan serangan roket.

Gaza berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007 yang menyebabkan penurunan taraf hidup.

Israel juga melancarkan tiga perang besar terhadap wilayah itu sejak tahun 2008, membunuh ribuan penduduk setiap masa dan memusnahkan infrastruktur wilayah yang sudah miskin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button