Berita Utama

Ahmad Zahid tak layak jadi Presiden UMNO jika rakaman benar

'Tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara': Tengku Razaleigh

BANGI, 26 Syaaban 1442H, Khamis – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak layak untuk terus memegang jawatan Presiden UMNO sekiranya pendedahan audio yang didakwa mirip suaranya dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar.

Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO meletakkan harapan tinggi terhadap Ahmad Zahid untuk memimpin parti itu dengan baik.

“Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu. Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik.

“Mengenai rakaman audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.

“Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu. Sebagaimana suara dia sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, tular rakaman suara didakwa mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir bulan lalu.

Dalam rakaman kira-kira empat minit itu, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan PAU 2020.

Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid berkata, apa yang diucapkan ketika PAU 2020 hanya bersifat taktikal.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button