Berita UtamaDunia

10 wanita dilantik jawatan kanan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Untuk perkhidmatan bimbingan, kejuruteraan, pentadbiraan dan penyeliaan

MAKKAH, 26 Zulhijjah 1441H, Ahad – Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci melantik 10 wanita untuk memegang jawatan kanan dalam pengurusan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Agensi berita Arab News melaporkan, pemilihan golongan wanita adalah penting untuk aspek pembangunan dan ekonomi.

Pelantikan itu juga akan menyokong proses kreativiti serta mematuhi prinsip kualiti kecemerlangan tertinggi bagi mencapai aspirasi kepimpinan yang bijak, lapor Agensi Media Negeri (SPA).

Sementara itu, Penolong Setiausaha pentadbiran di Pejabat Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Kamelia al-Daadi berkata, pelantikan itu meliputi semua pengkhususan dan perkhidmatan termasuk bimbingan, kejuruteraan, pentadbiran atau penyeliaan.

β€œIa termasuk di Kompleks Raja Abdul Aziz di Kaabah, Galeri Bangunan Dua Masjid Suci, Perpustakaan Masjidil Haram, dan jabatan lain dengan tujuan memperkasakan belia dan menawarkan khidmat mereka di kalangan jemaah,” katanya.

Keputusan mempromosi peranan wanita dalam kepimpinan di negara itu adalah sebahagian daripada program reformasi Kerajaan Wawasan 2030. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button