Berita Utama

Anugerah Tan Sri penghargaan buat petugas barisan hadapan

Ia bukan untuk diri sendiri tetapi untuk penjawat awam khusus KKM

KUALA LUMPUR, 27 Zulhijjah 1441H, Isnin – Merendah diri dan menganggap pengiktirafan diterima bukan hak peribadi adalah antara sikap yang disenangi ramai pihak tentang Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Dr Noor Hisham menyifatkan, anugerah tersebut satu pengiktirafan untuk semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulilah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau ditemui selepas selesai Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM turut dikurnia pelbagai pingat.

Mereka mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pakar perubatan, petugas kesihatan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button