Berita Utama

Fix & Go, CyberSecurity jalin kerjasama strategik ekonomi digital

Syarikat IT Bumiputera sedia khidmat baik pulih, sanitasi data

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 28 Zulhijjah 1441H, Selasa – Fix & Go IT Specialist – milik anak muda Bumiputera – mengorak langkah menjalin kerjasama strategik dengan CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) melalui program pelesenan My CyberSecurity Clinic untuk membuka makmal pemulihan Data atau Data Recovery Lab.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fix & Go IT Specialist, Azril Hanafi Abdullah Sharwani berkata, makmal pemulihan data ini bakal menyediakan perkhidmatan baik pulih serta sanitasi data mengikut standard data yang telah ditetapkan oleh CyberSecurity.

“Fix & Go berbangga dapat bekerjasama dengan sebuah agensi keselamatan siber bertaraf dunia ini dan semoga dapat mengembangkan lagi potensi perusahaan tempatan dalam sektor ekonomi digital ini.

“Kerjasama strategik itu selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang meliputi 98.5 peratus pertubuhan perniagaan di seluruh Malaysia,” katanya ketika ucaptama Majlis Perasmian Fix & Go di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azril berkata, PKS memerlukan perkhidmatan dan servis yang menyeluruh, profesional dan dipercayai.

Katanya, rata-rata pengusaha perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam pasaran hanya menumpukan kepada jualan alat ganti dan jualan jangka pendek.

“Pelanggan memerlukan khidmat nasihat yang betul dan sesuai kerana solusi bagi setiap infrastruktur pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan dan kemampuan

“Atas sebab itu Fix & Go membangunkan pelan perniagaan yang baharu untuk memenuhi kelompongan itu dengan memberikan penumpuan kepada kepercayaan pelanggan PKS,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button