Berita UtamaDunia

COVID-19: Amman laksana perintah berkurung di 7 bangunan

Pasukan keselamatan, kesihatan dikerah tangani wabak, pastikan penduduk ikut langkah keselamatan

DUBAI, 28 Zulhijjah 1441H, Selasa – Pihak berkuasa Amman telah melaksanakan perintah berkurung di tujuh bangunan kediaman, berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita negeri Petra.

Gabenor di ibu negara, Saad Shehabi berkata, pasukan keselamatan dan perubatan telah dikerahkan untuk menangani wabak berkenaan, selain memastikan penduduk mengikuti langkah-langkah keselamatan.

Bangunan-bangunan terbabit yang terletak di kawasan terpisah di Amman, disterilkan dan ujian saringan telah dilaksanakan ketika pengasingan penduduk.

Perintah berkurung akan berkuatkuasa sehingga keputusan ujian diumumkan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button