Berita Utama

Fix & Go akan buka cawangan di Sri Gombak

Sanitasi data elak disalahguna pihak tak bertanggungjawab

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 28 Zulhijjah 1441H, Selasa – Syarikat anak muda Melayu – Fix & Go IT Specialist akan membuka cawangan kedua di Sri Gombak, Batu Caves pada masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fix & Go IT Specialist, Azril Hanafi Abdullah Sharwani berkata, pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan rakan kerjasama di sana.

“Kami memang dalam proses mengembangkan cawangan kemudian perlesenan. Maksudnya kami akan berkongsi sistem perniagaan daripada penjenamaan, prosedur operasi standard (SOP) termasuk pelan perniagaan untuk dikembangkan ke seluruh Malaysia

“Kami mendapat maklum balas yang baik contohnya di Gombak, Johor, Melaka serta Perlis. Mereka melihat kami mempunyai kekuatan penjenamaan dan mempunyai SOP yang terurus.

“Bagaimanapan dalam tempoh sekarang, kami tidak boleh berkembang secara besar-besaran. Apa yang boleh kami lakukan adalah bekerjasama dalam bentuk perlesenan,” katanya ketika sidang media di Fix & Go IT Specialist di sini hari ini.

Mengenai khidmat yang ditawarkan, Azril berkata, antara khidmat yang mendapat sambutan adalan pemulihan data.

Katanya, servis sanitasi data kurang mendapat perhatian sedangkan amat penting lebih-lebih lagi apabila membabitkan syarikat korporat.

Terdapat kes di mana pelanggan membuat pemulihan data cakera keras sendiri dan dia mendapat proposal cadangan yang bersifat sensitif dan terhad, kata beliau.

“Susulan itu, sanitasi data amat penting terutamanya untuk melindungi data-data.

“Kita sebagai individu mungkin tidak ada proposal cadangan bersifat ‘high classified’. Tapi kita ada gambar sensitif seperti keluarga yang mungkin akan disalahgunakan oleh pihak lain.

“Di situ perlunya keutamaan proses sanitasi data daripada telefon bimbit sehingga terhadap apa sahaja peranti yang kita ada,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button