Berita Utama

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 185

16 kes baharu, 12 penularan tempatan, 4 import

KUALA LUMPUR, 29 Zulhijjah 1441H, Rabu – Kes positif COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan dua angka hari ini dengan 16 kes baharu dilaporkan merangkumi 12 kes penularan tempatan dan empat kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 9,235 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 185 kes.

Kesemua tujuh kes baharu itu melibatkan tiga kes tempatan di Kedah iaitu dua daripada Kluster Sala dan satu kes Kluster Tawar.

“Pulau Pinang merekodkan empat kes juga daripada Kluster Tawar dan satu kes di Johor iaitu kes saringan sign-on kapal yang telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 23 kes pulih turut dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 di negara ini sebanyak 8,925 kes atau 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button