Berita Utama

Kenapa tiada seorang pun ultra kiasu cakap isu rasuah, judi di Sungai Buloh?

Yang kena tangkap polis, penguat kuasa. Bapa perniagaan haram, perasuah, judi, pelacuran, arak terlepas begitu sahaja?

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 29 Zulhijjah 1441H, Rabu – “Kenapa tidak ada seorang pun ultra kiasu mengeluarkan kenyataan mengenai isu rasuah, judi dan arak di Sungai Buloh, Shah Alam?

“Puas bercakap mengenai kejahatan ultra kiasu yang menjadi bapak segala perniagaan haram, tetapi tidak ramai ambil peduli.

“Hanya kerana politik, kemaruk undi, mahu kekal berkuasa. Akhirnya, siapa yang menjadi mangsa, kalau bukan orang Melayu-Islam,” kata pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata, setakat ini masih tiada ultra kiasu sama ada dalam Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) yang bercakap soal tindakan tegas yang perlu dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam isu rasuah, judi dan arak di Sungai Buloh.

“Paling kurang berlakonlah, keluar kenyataan. Katakan bahawa tindakan mesti diambil terhadap pemberi dan penerima rasuah, atas dasar aktiviti haram yang ditentang oleh semua agama.

“Ini tidak, senyap sahaja. Masih buta lagi? Takkan saya nak kata masih jahil.

“Walhal, ultra kiasu inilah bapak segala kejahatan yang merosakkan orang Melayu (Islam) itu sendiri.

“Sebab itulah ultra kiasu ini diam membisu seribu bahasa. Aktiviti haram itu sudah sebati dengan kehidupan mereka. Aktiviti haram inilah yang telah memperkayakan mereka,” katanya.

Dr Ridhuan Tee berkata, rata-rata yang ditangkap dan disiasat adalah pihak berkuasa, seperti penguat kuasa bandaraya dan polis.

Maka, beliau mempersoal status ultra kiasu yang menjadi bapa perniagaan haram, bapa perasuah, bapa judi, bapa pelacuran dan bapa arak.

“Adakah mereka terlepas begitu sahaja? Inikah cara kita membina negara? Tidak betul.

“Siapa yang hancur, kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Ultra kiasu makan Nangka, kita dapat getah. Wajarkah politik sebegini? Sampai bila?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button