Berita Utama

Pertukaran jawatan 6 pegawai kanan PDRM

Razarudin dilantik sebagai Pengarah JSJN, Saiful Ketua Polis KL yang baharu

KUALA LUMPUR, 29 Zulhijjah 1441H, Rabu – Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin [email protected] Abd Rasid antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Razarudin Husain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Razarudin Husain menggantikan Datuk Ramli Din yang memegang jawatan pengarah JSJN sebelum ini dan kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran lain melibatkan Datuk Seri Abd Rahim Jaafar dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, dan beliau sebelum ini memegang jawatan pengarah Jabatan Pengurusan.

Selain itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, dan tempatnya sebagai ketua polis bandar raya diambil alih Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Jawatan lama Saiful Azly akan diambil oleh Datuk Mohd Kamarudin Md Din dari Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button