Berita UtamaDunia

Presiden Mali letak jawatan, sehari selepas ditawan pemberontak

Kerajaan dan keseluruhan jemaah menteri akan dibubarkan

BAMAKO, 29 Zulhijjah 1441H, Rabu – Ibrahim Boubacar Keita mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Mali, berkuat kuasa serta-merta – sehari selepas rampasan kuasa didalangi askar pemberontak.

Keputusan tergempar itu diumumkan Ibrahim Boubacar Keita menerusi siaran televisyen rasmi negara berkenaan, pagi ini.

Serentak itu, kerajaan dan keseluruhan jemaah menteri akan dibubarkan, katanya.

“Saya mengumumkan peletakan jawatan dan berterima kasih kepada rakyat Mali di atas sokongan yang diberikan beberapa tahun ini, serta kasih sayang semua,” katanya.

Pengumuman itu dibuat selepas askar pemberontak menawan Ibrahim Boubacar dan Perdana Menteri Mali, Boubou Cisse, semalam.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut supaya Ibrahim Boubacar Keita dan anggota kerajaannya dibebaskan dengan segera.

Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric berkata, sebarang pertikaian perlu diselesaikan secara rundingan bersama dan pihaknya menuntut perdamaian.

“Semua pemegang taruh, khususnya pasukan keselamatan dan pertahanan harus mengelak daripada melanggari hak asasi manusia serta kebebasan individu semua rakyat Mali,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button