Dunia

UAE abai pengorbanan rakyat Palestin bergadai nyawa pertahan negara

Gesa pemimpin Palestin bersatu bebaskan negara dari Zionis

KAHERAH, 29 Zulhijjah 1441H, Rabu – Gerakan Islam, Ikhwan Muslimin menyifatkan perjanjian normalisasi di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan negara penjajah Israel sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan Palestin. 

Menganggap ia pengkhianatan terhadap Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, Ikhwan Muslimin berkata, tindakan UAE itu seolah-olah mengabaikan pengorbanan rakyat Palestin yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara mereka. 

Perjanjian itu secara jelas mengabaikan hak-hak rakyat Palestin yang dibangkitkan dalam undang-undang antarabangsa, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. 

Gerakan Islam itu turut menggesa supaya rakyat dan pemimpin Palestin bersatu dan mengakhiri perselisihan, demi membebaskan negara itu daripada penjajahan rejim Israel. 

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan perjanjian antara Israel dan UAE untuk menormalkan hubungan. 

UAE adalah negara Teluk pertama dan negara Arab ketiga yang membentuk hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir dan Jordan. 

Walaupun ada laporan mendakwa kesepakatan itu menghentikan rancangan Israel memperluaskan penjajahan di Tebing Barat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan komitmen Tel Aviv untuk meneruskannya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button