Berita UtamaDunia

Zionis bom Gaza lagi, 8 hari berturut-turut

Pos keselamatan rosak, penduduk cedera dalam serangan udara

GAZA, 29 Zulhijjah 1441H, Rabu – Pesawat perang negara pengganas Israel melancarkan serangan bom di Semenanjung Gaza – malam kelapan berturut-turut – selepas menuduh serangan roket Palestin membedil selatan Tel Aviv.

Serangan terbaharu berlaku apabila negara penjajah itu memberi amaran kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) bahawa pertubuhan terbabit mengundang risiko ‘perang’ apabila gagal menghentikan serangan belon pembakar yang dilancarkan merentasi sempadan.

Sumber keselamatan Hamas berkata, pesawat tempur dan dron Israel menyerang beberapa kemudahan milik Briged Al Qassam, sayap bersenjata pergerakan itu.

Serangan udara dan artileri tentera Israel menyebabkan kerosakan teruk pada pos keselamatan dan mencederakan beberapa penduduk, namun tiada kematian dilaporkan, kata sumber.

Dalam satu kenyataan, tentera rejim Zionis berkata, pesawat perang Israel menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas.

“Awal malam tadi, roket dilancarkan dan petang tadi, letupan dan pembakaran belon dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel.

“Ketika serangan itu, sebuah markas tentera milik salah satu susunan khas organisasi Hamas diserang,” katanya.

Dalam pada itu, pegawai keselamatan Mesir dilihat cuba menjadi pengantara apabila cuba berunding dengan kedua-dua pihak bagi meredakan ketegangan selama lebih seminggu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close