Berita Utama

Indonesia catat 2,266 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam

Jadikan jumlah kes 147,211 dengan 79,484 pesakit dalam pemantauan

JAKARTA, 1 Muharram 1442H, Khamis – Indonesia melaporkan 2,266 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 147,211 kes dengan 79,484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 72 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,418 orang.

Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan 594 kes positif baharu, dengan 19 lagi kematian.

Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 31,610 kes, diikuti Jawa Timur (29,257) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,098 orang, diikuti Jakarta (1,048), Jawa Tengah (813), Sulawesi Selatan (347) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button