Berita Utama

Papan tanda Cina: DAP jolok sarang tebuan, terimalah akibatnya

Sesuka hati meletak karektor Cina, cemari aspirasi Bumiputera Borneo

BANGI, 1 Muharram 1442H, Khamis – Gerakan Massa Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengecam tindakan parti rasis serta cauvinis, DAP yang bertindak meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda yang nama jalannya sudah tertera dalam bahasa Melayu.

Ahli Jawatankuasanya, Soufi Anual berkata, parti berkenaan bertindak sesuka hati tidak memahami jiwa dan aspirasi Bumiputera Borneo, meskipun menerima pelbagai kecaman terutama dalam kalangan penduduk asal Sarawak.

“Itulah, bak kata pepatah masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu, bunyi la lembu.

“Ini dijoloknya sarang tebuan, habis la DAP dicemuh oleh orang-orang Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini tular gambar beberapa orang pemuda dipercayai dari DAPSY meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan di Sarawak.

Menerusi satu hantaran di Facebook DAP Sarawak, ia melibatkan papan tanda di tiga batang jalan utama iaitu di Jalan Main Bazaar, Wayang Street dan Jalan Greenhill.

Membandingkan dengan usaha dilakukan Pemuda ISMA, Soufi berkata, pihaknya menganjurkan kempen ‘Kembalikan Nama Asal, Hapus Hak Penjajah’ yang memfokuskan usaha untuk mengembalikan nama Bukit Melaka.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyaksikan reaksi masyarakat yang menyokong dan mendoakan kejayaan usaha itu menerusi ruangan komen di laman Facebook Pemuda ISMA.

Katanya, usaha berkenaan didukung oleh fakta sejarah, bukannya omong kosong atau retorik semata.

“Sesungguhnya usaha mengembalikan dan mengangkat sejarah tamadun sendiri yang penuh gilang gemilang dulunya begitu dinanti-nantikan oleh masyarakat kita.

“Apa lagi, dayung sudah di tangan. Perahu sudah di atas air. Ayuh kita kembalikan nama asal Bukit Melaka dan tempat sejarah yang lain.

Setakat ini, petisyen Rakyat Sokong Kembalikan Nama Asal Bukit Melaka telah mendapat sokongan ramai apabila ia ditandatangani oleh 16,754 rakyat sehingga jam 5 petang hari ini.

Kempen itu dilaksanakan bagi mengembalikan semangat kemerdekaan masyarakat kepada perjuangan membebaskan tanah air yang telah dimulakan oleh pejuang-pejuang lampau sejak 500 tahun yang lalu.

“Petisyen atas talian masih diteruskan. Ayuh turunkan tandatangan sokongan anda. http://chng.it/dRfgr588,” kata Soufi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button