Berita Utama

Papan tanda Cina: DAP seru kepada perpecahan, sikap rasis?

Sambutan Maal Hijrah patut diguna untuk bentuk perpaduan kaum

BANGI, 1 Muharram 1442H, Khamis – Apakah DAP sedang cuba menghasut rakyat untuk melakukan vandalisme susulan daripada tindakan meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda di Sarawak yang tular, hari ini.

Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi yang hairan dengan perkara itu berkata, sepatutnya sambutan Maal Hijrah atau Awal Muharram pada tahun ini digunakan untuk menyeru masyarakat kepada perpaduan.

“Adakah DAP menyeru kepada perpecahan dan bersikap rasis?

“Adakah DAP ingin mendidik rakyat untuk melakukan perbuatan vandalisme?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini tular gambar beberapa orang pemuda dipercayai dari DAPSY meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan di Sarawak.

Menerusi satu hantaran di Facebook DAP Sarawak, ia melibatkan papan tanda di tiga batang jalan utama iaitu di Jalan Main Bazaar, Wayang Street dan Jalan Greenhill.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button