Berita UtamaDunia

Lebih banyak negara Arab akan jalin hubungan dengan Israel: UAE

Sifatkan hubungan UAE, Israel sebagai satu 'perdamaian hangat'

LONDON, 2 Muharram 1442H, Jumaat – Negara-negara Arab berada pada ‘pentas yang berbeza’ dalam menjalin hubungan dengan Israel, kata Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash.

Berucap pada majlis yang dihoskan oleh badan pemikir Majlis Atlantik Amerika Syarikat (AS), Gargash berkata, ‘beberapa negara Arab’ dalam perjalanan untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

“Wilayah ini sememangnya memerlukan penembusan strategi,” katanya.

Komen beliau itu dikeluarkan seminggu selepas UAE dan Israel menandatangani perjanjian bersejarah untuk menjalin hubungan diplomatik sepenuhnya.

Gargash berkata, tidak seperti hubungan Mesir dan Jordan dengan Israel, hubungan UAE dengan Jerusalem pada masa depan akan menjadi ‘perdamaian hangat’.

“Ini akan menjadi perdamaian yang hangat kerana tidak seperti Jordan atau Mesir, kami tidak berperang dengan Israel,” katanya.

Israel menandatangani perjanjian damai dengan Mesir pada tahun 1979 sementara dengan Jordan pada 1994.

Menteri UAE berkata, sementara Palestin akhirnya bertanggungjawab untuk rundingan mengenai negara mereka, penangguhan peluasan wilayah tanah negara itu adalah salah satu kunci utama perjanjian untuk rakyat UAE.

“UAE melihat ada peluang kerana sering didesak oleh rakyat Palestin untuk membantu menghentikan aneksasi. Sehubungan itu, (perjanjian ini) dengan penangguhan aneksasi, kami membuat perjanjian dengan baik.

“Kami menjangkakan permintaan kami mengenai perjanjian dengan Israel akan dipenuhi,” katanya lagi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button