Berita UtamaDunia

31 terbunuh banjir besar di Afghanistan

250 ternakan turut terkorban, puluhan rakyat hilang

KABUL, 6 Muharam 1445H, Isnin – Sekurang-kurangnya 31 orang maut  dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas banjir besar akibat hujan bermusim di Afghanistan. 

Pada masa sama, 13 orang turut terbunuh akibat hujan lebat dan tanah runtuh di negara jiran Pakistan.

Jurucakap Taliban yang dilantik untuk Kementerian Bencana Afghanistan, Shafiullah Rahimi mengesahkan 74 cedera dan 41 yang lain hilang selepas banjir sejak tiga hari lalu.

Banjir kilat melanda ibu kota Kabul, wilayah Maidan Wardak dan Ghazni. Beliau berkata, majoriti mangsa yang terkorban adalah di barat Kabul dan Maidan Wardak. 

Rahimi berkata, kira-kira 250 ternakan terkorban dalam banjir.

Banjir itu membawa kesengsaraan lagi kepada Afghanistan yang sudah menderita. 

Pada bulan April, agensi hal ehwal kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, negara Asia Selatan itu menghadapi tahun kemarau yang ketiga berturut-turut, tahun kedua kesusahan ekonomi yang teruk dan akibat peperangan selama beberapa dekad dan bencana alam.

Banjir kilat terbaru berlaku di daerah Jalrez di wilayah Maidan Wardak di barat Kabul. 

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh ketika tidur apabila air banjir meningkat dengan cepat, kata jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid. 

Kira-kira 40 orang lagi hilang selepas beratus-ratus rumah rosak atau musnah, dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan, katanya.

Pejabat gabenor wilayah dalam satu kenyataan berkata, ratusan rumah sama ada rosak atau musnah dipercayai berada di bawah runtuhan rumah yang runtuh.

Ini berikutan, ratusan batu persegi tanah pertanian telah dihanyutkan dan musnah – pada masa sama lebuh raya antara Kabul dan wilayah Bamiyan ditutup akibat banjir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button