Berita Utama

Teruskan ibadah meski Ramadan telah pergi

Tambah amalan puasa enam dan ziarah dibulan syawal

BANGI, 2 Syawal 1444H, Ahad – Umat Islam perlu meneruskan amal soleh serta ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadan secara istiqamah meskipun bulan mulia tersebut sudah berakhir dua hari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, umat Islam digalakkan berpuasa enam hari di bulan syawal dan disertakan dengan amalan mengeratkan silaturrahim di waktu perayaan Aidilfitri.

Beliau juga menegaskan bahawa ianya menjadi kewajipan umat Islam untuk menjaga keharmonian dalam negara serta memastikan perpaduan masyarakat dipertahankan.

Pada masa yang sama, beliau juga menekankan kepentingan berbakti kepada kedua ibu bapa bagi mendapat keredaan Allah.

“Dalam hadis, Abdullah Umar meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah itu bergantung kepada kemarahan orang tua,” katanya.

Beliau juga menambah, bulan ramadan sepatutnya menjadi pencetus perubahan diri ke arah yang lebih baik sekali gus amal ibadah perlu diteruskan pada bulan-bulan seterusnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button