Berita Utama

10,000 orang terlibat sesi maklum balas Draf PTPN 2021-2025

Seluruh rakyat Malaysia dialu untuk terlibat sesi maklum balas

PUTRAJAYA, 3 Muharram 1442H, Sabtu – Sesi Maklum Balas Rakyat berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 dari Ogos sehingga September ini menyasarkan penglibatan 10,000 rakyat di seluruh negara, menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

Ia untuk memastikan pandangan rakyat Malaysia, pemegang taruh berkaitan termasuk ahli rukun tetangga, pemimpin tempatan di peringkat daerah dan negeri, pihak kementerian dan agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan, ahli akademik serta pihak berkepentingan lain diambil kira dalam penggubalan PTPN 2021-2025 yang akan menyokong pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara mulai 2021.

“Seluruh rakyat Malaysia dialu-alukan untuk terlibat dalam pembangunan PTPN 2021-2025 dengan menyertai sesi maklum balas di negeri dan daerah masing-masing dengan mengemukakan pandangan dan cadangan melalui soalan dalam talian di laman web Sesi Maklum Balas Rakyat https://www.research.net/r/mklmblsonline,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut KPN, laman web itu telah dibangunkan kementerian bersama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, sesi maklum balas juga boleh disertai melalui laman web KPN di www.perpaduan.gov.my, media sosial Instagram @perpaduannegara, Facebook PerpaduanNegara dan Twitter @PerpaduanNegara, dan pandangan serta cadangan juga boleh dihantar kepada [email protected] – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button