Berita UtamaPendapat

Ahli politik tak matang, tiada agenda masalah terbesar

Ahli politik bukan kerajaan bangkang membabi buta

SALAH satu masalah paling besar dalam budaya politik Malaysia ialah sikap tidak matang para ahli politik negara (masalah terbesar ialah tiada agenda).

Mentaliti pembangkang yang menebal menjadikan ahli politik bukan kerajaan membangkang membabi buta semua usul atau inisiatif baik yang dicadangkan pihak kerajaan, walaupun amat bermanfaat untuk seluruh rakyat (termasuk rakyat yang mengundi ahli politik pembangkang).

Mereka membangkang bukan kerana idea tersebut bertentangan dengan agenda politik mereka, tapi semata-mata kerana mereka adalah pembangkang. Bagi mereka satu-satunya tugas paling utama hanyalah membangkang!

Masalahnya, apabila menjadi kerajaan pula, mereka turut melaksanakan idea dan polisi kerajaan terdahulu yang mereka bangkang habis-habisan dulu.

Putaran ini turut berlarutan apabila pihak pembangkang baru turut membangkang semua pendirian kerajaan baru. Kerana bagi mereka juga tugas pembangkang hanyalah untuk membangkang.

Ketiadaan agenda dan mentaliti pembangkang ini bakal menghancurkan masa depan negara.

Seperti mana isu integriti, jatidiri, perpecahan, kepentingan peribadi, hagemoni kuasa dunia serta musuh dalam selimut yang telah lama mendominasi kita.

Sungguh, kita memerlukan nafas serta arus baru dalam politik negara!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close