Berita UtamaIstimewa

Bagi anak jawatan? Ini bukan habuan seorang pemimpin

'Memimpin negara tiada habuan diri, ambil gaji untuk buat kerja'

BANGI, 3 Muharram 1442H, Sabtu – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) mengecam tindakan seorang Exco Pemuda UMNO yang didakwa menggunakan surat sokongan menteri bagi mendapat jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Naib Presidennya, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menegaskan, individu yang memegang jawatan sebagai pemimpin tidak harus menjadikannya sebagai alasan bagi menikmati habuan.

“Memimpin negara…tiada habuan diri. Sifar. Ambil gaji dan elaun untuk buat kerja. Bukan kerja untuk ambil gaji dan elaun.

“Ini minta jawatan lagi untuk anak. Ustaz mana ustaz? Takkan senyap aje, nanti rakyat salah faham marah pulak,” katanya sinis dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengulas isu sekeping surat seorang timbalan menteri kepada Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob agar menyokong pelantikan anaknya sebagai Lembaga Pengarah Pharmaniaga Bhd, iaitu syarikat di bawah Kementerian Pertahanan.

Surat yang menggunakan kepala surat sebuah kementerian dan Jata Negara itu tular dalam media sosial sejak petang semalam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button