Berita Utama

COVID-19: 50 kes baharu di Singapura

5 daripadanya kes import jadikan jumlah keseluruhan 56,266

SINGAPURA, 3 Muharram 1442H, Sabtu – Sejumlah 50 kes baru jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di Singapura untuk tempoh 24 jam lepas dengan lima merupakan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan di republik itu 56,266.

Menurut data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini, kesemua kes import itu telah dikenakan Notis Tinggal Di Rumah, sebaik tiba di negara itu.

Berdasarkan siasatan sehingga kini, Kementerian itu menyatakan terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya warganegara Singapura.

Dalam data penuh yang dikeluarkan pada lewat Jumaat, republik itu telah mengklasifikasikan 835 daripada kes dilaporkan sebagai kes import, 2,215 sebagai kes komuniti dan 53,155 kes penghuni asrama pekerja asing.

Kementerian itu menyatakan, pada masa ini terdapat kira-kira 14,300 pekerja yang masih menjalani tempoh kuarantin.

Pekerja-pekerja ini akan diuji semula apabila tempoh kuarantin mereka tamat.

“Kami menjangkakan jumlah kes akan terus tinggi dalam hari yang akan datang, sebelum ia berkurangan selepas itu,” katanya.

Sejumlah 53,651 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj daripada hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Sementara itu, 72 kes yang disahkan masih ditempatkan di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sejumlah 2,466 pesakit yang bergejala ringan dan mereka yang secara klinikalnya sihat, tetapi masih diuji positif COVID-19, masih diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 27 maut akibat komplikasi COVID-19 di republik itu.

Tiada kluster baru dikenal pasti semalam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button