Berita Utama

PDRM umum pertukaran 6 pegawai kanan

Proses pertukaran pegawai terbabit berkuat kuasa 21 September

KUALA LUMPUR, 3 Muharram 1442H, Sabtu – Ketua Polis Daerah Kluang Johor, ACP Mohd Abduh Ismail antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad memaklumkan, Mohd Abduh dilantik sebagai Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kinarut, Sabah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Pertukaran lain melibatkan Supt E2C2, Cawangan Khas, Bukit Aman Supt Nur Azlin Lim Wee Lin dilantik selaku Pegawai Turus E3F Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

Selain itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan, Supt Mohd Khairiel Mohd Arif dilantik menjadi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran lain turut menyaksikan Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor Supt Low Hang Seng dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, dengan memangku pangkat ACP.

Asmawati berkata Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti) Cawangan Pengurusan Fasiliti, Bahagian Fasiliti, Bekalan, Aset, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman Supt Basri Abu Bakar dilantik sebagai Penolong Pengarah (Telekomunikasi) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran lain turut melibatkan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu Lintas) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Supt Gan Chip Pho dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Pahang, dengan memangku pangkat ACP.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button