Berita Utama

Tentera tahan 8 pendatang haram di Kalabakan

Terdiri 7 lelaki, seorang wanita berumur antara 19 hingga 54 tahun

KALABAKAN, 3 Muharram 1442H, Sabtu – Pasukan Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) menahan lapan pendatang haram warga Indonesia dalam operasi dua hari mulai Khamis lepas di kawasan Serudong di sini.

Pendatang haram yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berumur antara 19 hingga 54 tahun,menurut Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua daripada lelaki itu ditahan pada 6.50 petang pada hari pertama operasi di sebuah ladang sawit kerana bekerja tanpa permit sah.

“Susulan itu, siasatan terhadap dua lelaki berkenaan membawa kepada intipan dan penahanan kepada dua lelaki dan seorang wanita yang sedang menunggu bot di kawasan pendaratan ke Nunukan, Indonesia pada 6.45 pagi semalam.

“Selepas itu, 45 minit kemudian, anggota bertugas turut menahan dua lagi lelaki serta seorang wanita menaiki bot dari Nunukan, Indonesia, dipercayai untuk bekerja di ladang berhampiran,” menurutnya.

Kesemua tahanan itu dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk siasatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button