Berita Utama

Bendera terbalik: Pemilik restoran, warga Bangladesh ditahan

Tular gambar bendera negeri Kedah dipasang secara terbalik

LANGKAWI, 4 Muharram 1441H, Ahad – Polis menahan pemilik restoran makanan laut dan seorang pekerjanya warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes memasang bendera Kedah secara terbalik di sebuah premis di Pekan Pandak Mayah, Kuah di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya sebelum itu menerima maklumat awam selepas gambar bendera Kedah yang dipasang secara terbalik di restoran tersebut tular di media sosial.

“Maklumat mengenai kejadian tersebut diterima kira-kira 6 petang, susulan itu sepasukan anggota polis telah pergi ke restoran berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati pemilik restoran itu, seorang lelaki berusia 58 tahun telah menyuruh seorang pekerja lelaki warga Bangladesh untuk memasang bendera Kedah namun tanpa disedari bendera tersebut telah dipasang secara terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata susulan itu, polis menahan pemilik restoran dan pekerjanya berusia 32 tahun untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button