Dunia

COVID-19: Indonesia catat kes kematian tertinggi di Asia Tenggara

Jumlah kematian meningkat 6,680, penambahan 86 kes hari ini

JAKARTA, 4 Muharram 1442H, Ahad – Indonesia merekodkan 2,037 kes jangkitan COVID-19 baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 153,535 kes.

Negara itu turut mencatatkan pertambahan angka kematian iaitu 86 orang hari ini, menjadikan keseluruhan kepada 6,680 kematian – jumlah tertinggi di Asia Tenggara. 

Sebelum ini, Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno Marsudi berkata, perjanjian awal telah ditandatangani dengan Sinovac Biotech China bagi pembelian dan bekalan vaksin, CoronaVac bermula November hingga Mac. 

“Indonesia melihat komitmen yang kuat daripada industri China untuk menjalin kerjasama,” kata Retno ketika lawatan ke China Khamis lalu. 

Indonesia ingin mendapatkan vaksin untuk 260 juta penduduknya dan berhasrat mengembangkannya sendiri. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button