Fahmi Reza bukan pereka grafik buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia’
BANGI, 4 Muharram 1442H, Ahad – Pereka grafik, Fahmi Reza membantah dirujuk sebagai pereka grafik buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia’.
Buku tersebut sebelum ini menjadi kontroversi akibat kulit bukunya yang dilihat seperti mempersenda Jata Negara.
Dalam tweetnya pada 3 Julai dengan menggunakan tweethandle @kuasasiswa, Fahmi Reza menegaskan “faktanya ialah aku bukan pereka grafik buku itu.”
Ismaweb.net sebelum ini melaporkan berita bertajuk “Pereka grafik hina Jata Negara cuba lepas diri, manipulasi cerita lama” pada 30 Jun lalu, dan secara khilaf merujuk Fahmi Reza sebagai pereka grafik buku tersebut ketika memetik kenyataan seorang pimpinan badan bukan kerajaaan (NGO).
Selaras dengan penafian Fahmi Reza itu, Ismaweb.net telah meminda laporan berita tersebut kurang 24 jam, selepas pertama kali diterbitkan, di mana Fahmi Reza tidak lagi dirujuk sebagai pereka grafik buku tersebut.
Media Isma Sdn Bhd kesal dan memohon maaf atas kekhilafan ini, dan untuk rekod, Ismaweb.net telah memadamkan terus berita tersebut.