Dunia

Kes COVID-19 di India cecah 3 juta

Melepasi angka itu dalam tempoh 16 hari setelah catat 2 juta kes

NEW DELHI, 4 Muharram 1442H, Ahad – Jumlah kes keseluruhan jangkitan pandemik COVID-19 di India sudah mencecah tiga juta, kata Kementerian Kesihatan negara itu. 

Kementerian berkata, India melepasi angka itu hanya dalam tempoh 16 hari setelah jumlah kes melebihi dua juta. 

Kemas kini yang dikeluarkan oleh kementerian menunjukkan jumlah kematian adalah 56,706. 

Dalam tempoh 24 jam terakhir, India merekodkan hampir 70,000 kes baharu. 

Daripada laporan kementerian, negeri barat Maharashtra melaporkan jumlah kes tertinggi di negara itu. 

Meskipun jumlah kes meningkat mendadak, India turut merekodkan jumlah kes pulih yang tinggi, menurut kementerian. 

“India telah mencapai satu lagi kejayaan kerana mencatat pemulihan tertinggi dalam satu hari iaitu sebanyak 63,631 dalam 24 jam terakhir. 

“Dengan jumlah pesakit pulih keluar dari hospital dan kuarantin di rumah (sekiranya berlaku kes ringan dan sederhana), kadar pulih telah mencapai 74.69 peratus,” kata kementerian dalam kenyataan, hari ini. 

Menerusi jumlah terkini kes COVID-19 yang terus meningkat, India sudah hampir mencapai angka yang sama dengan Brazil – negara yang menduduki tempat kedua dengan kes dan kematian tertinggi di dunia. 

Sebelum ini, pakar memberi amaran bahawa India mungkin mengatasi Amerika Syarikat (AS) – negara paling teruk terjejas akibat wabak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button