Berita Utama

KKM saran MKN lanjut PKPP

WHO jangka COVID-19 berakhir kurang dari 2 tahun

KULAI, 4 Muharram 1442H, Ahad – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir pada 31 Ogos ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata saranan tersebut diberikan berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan wabak COVID-19 akan berlaku bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun.

Katanya tempoh dua tahun merupakan masa yang lama dan pelbagai usaha telah dan akan dilakukan kerajaan termasuk memastikan rakyat mengamalkan norma baharu bagi menangani penularan COVID-19.

“Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga perdana menteri supaya dipertimbangkan untuk (terus) dilaksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Yang Berhormat Perdana Menteri untuk umumkannya dalam masa terdekat.

“Kita lihat di negara tertentu masih bergelut dengan kes meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkukuh dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perkeso Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Felda Bukit Besar di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Dr Adham berkata KKM akan terus melaksanakan kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi My Sejahtera dan buku rekod pelanggan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button