Berita Utama

Mufti Perak dimasukkan ke hospital akibat angin ahmar

Perlukan rehat, kini berada di bawah pemantauan rapi hospital

IPOH, 4 Muharram 1442H, Ahad – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilapor dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah angin ahmar.

Perkara tersebut disahkan oleh Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin.

Mohd Akmal berkata, setakat ini, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi pihak hospital selepas dimasukkan Subuh tadi.

“Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

“Kita mendoakan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Beliau berkata, Harussani memerlukan rehat buat masa ini.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak pada tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan termasuk di peringkat Persekutuan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button