Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Zionis tutup Laut Gaza cetus kemarahan nelayan

Tentera Israel kejar, tembak nelayan hingga akibatkan kerugian

GAZA, 4 Muharram 1441H, Ahad – Nelayan Palestin mengadakan tunjuk perasaan terhadap rejim pengganas Israel, semalam atas tindakan menutup seluruh Laut Gaza hingga menghalang mereka daripada bekerja.

Terdahulu, kapal perang Israel yang dikerahkan ke Laut Gaza mengejar kapal nelayan Palestin dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian besar-besaran. 

Oleh yang demikian, tunjuk perasaan diadakan bertujuan menyokong nelayan Gaza yang terjejas teruk akibat sekatan berkenaan, lapor Press TV.

Israel mengekalkan kehadiran angkatan laut di pesisir pantai Palestin yang miskin, sehingga memberi kesan buruk kepada kehidupan kira-kira 4,000 nelayan serta sekurang-kurangnya 1,500 pekerja terlibat dalam industri perikanan.  

Sejak beberapa tahun terakhir, pasukan pengganas Israel melakukan lebih daripada 100 serangan ke atas kapal Palestin, menangkap nelayan dan merampas kapal.

Di bawah Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada tahun 1993, Israel diwajibkan untuk membenarkan penangkapan ikan sejauh 20 batu nautika, tetapi ia tidak pernah dilaksanakan.

Semenanjung Gaza berada di bawah pengepungan darat, udara dan laut Zionis sejak 2007, yang menyaksikan penurunan taraf hidup serta tahap pengangguran dan kemiskinan yang belum pernah terjadi sebelumnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button