Berita UtamaDunia

Kes harian di Itali lebih 1,200, dua kali ganda dalam 5 hari

Kes naik berkait dengan pengembaraan, hiburan musim panas

ROM, 5 Muharram 1441H, Isnin – Kes pandemik COVID-19 di Itali yang melebihi 1,200 semalam menjadikan angka penularan hampir dua kali ganda dalam tempoh lima hari.

Berdasarkan laporan rasmi, peningkatan kes itu berkait rapat dengan pengembaraan dan hiburan musim panas.

Sebanyak 1,210 direkodkan di Itali dalam tempoh 24 jam lalu, berbanding 642 pada Rabu, menurut angka terkini rasmi.

Sabtu lalu, sebanyak 1,071 kes direkodkan, dengan 947 kes pada Jumaat, manakala 845 kes lagi pada Khamis.

Lombardy utara muncul sebagai wilayah paling terkesan akibat wabak itu apabila merekodkan 239 kes, diikuti wilayah Rom dengan 184 kes dan wilayah Venice, yang mencatatkan 145 kes.

Pada masa sama, tujuh kematian dicatatkan pada Sabtu, menjadikan angka maut keseluruhan sebanyak 35,437 setakat ini di Itali.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Roberto Speranza menolak untuk melaksanakan semula perintah berkurung meskipun terdapat peningkatan kes yang berterusan.

Beliau memberi alasan keadaan di negara itu masih terkawal.

Setakat ini, Itali mencatatkan 18,438 kes, termasuk 69 pesakit dalam rawatan insentif.

Bagaimanapun, dilaporkan lebih 200,000 rakyat Itali pulih dari penyakit ini dalam tempoh beberapa bulan lalu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button