Berita Utama

Maghribi tolak hubungan normalisasi dengan Israel

Perdamaian beri peluang Zionis terus langgar hak Palestin

RABAT, 5 Muharram 1442H, Isnin – Kerajaan Maghribi menolak untuk mengadakan hubungan normalisasi dengan negara haram Israel.

Perdana Menteri Maghribi, Saad Dine El Otmani menegaskan perkara itu menjelang lawatan penasihat kanan Amerika Syarikat (AS) Jared Kushner ke negara Arab.

“Kami menolak normalisasi dengan entiti Zionis kerana ini akan memberi peluang kepada mereka untuk melangkah lebih jauh dalam melanggar hak-hak rakyat Palestin,” katanya di hadapan parti PJD pada Ahad.

Kushner dijangka melakukan lawatan ke Maghribi dalam masa terdekat sebagai salah satu rancangan ‘lawatan berbilang kaum ke Timur Tengah’, yang bertujuan menggalakkan perdamaian Arab-Israel.

Sebelum ini, Trump mengumumkan perjanjian antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menormalkan hubungan.

UAE adalah negara Teluk pertama dan negara Arab ketiga yang membentuk hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir dan Jordan.

Arab Saudi menegaskan, negara itu tidak akan mengikut jejak langkah UAE yang mengadakan perjanjian normalisasi dengan Israel.

Maghribi dan Israel memulakan hubungan peringkat rendah pada 1993 setelah perjanjian damai Israel Palestin dicapai.

Bagaimanapun, Rabat menghentikan hubungan dengan rejim Zionis itu selepas pemberontakan Palestin pada tahun 2000. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button