Dunia

Nasib pengganas Christchurch bunuh 51 umat Islam hari ini

Prosiding akan dihadiri wakil keluarga mangsa korban, terselamat

MELBOURNE, 5 Muharram 1442H, Isnin– Hukuman terhadap lelaki Australia didakwa membunuh 51 umat Islam dalam kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch tahun lalu, akan diketahui hari ini. 

Prosiding hukuman akan bermula di Mahkamah Tinggi Christchurch, yang dihadiri keluarga mangsa yang terkorban dan terselamat, lapor The New Zealand Herald. 

Brenton Tarrant, 29, pada mulanya mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan, bagaimanapun menukar pengakuan bersalah pada Mac lalu. 

Pengganas kulit putih Australia itu mengaku membunuh 51 umat Islam yang sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat pada 15 Mac 2019. 

Dalam kejadian itu, Tarrant yang bersenjatakan senjata api semi-automatik melepaskan tembakan di Masjid Al-Noor, sebelum melakukan perkara sama di Masjid Linwood.

Tarrant dengan sengaja berkongsi video secara langsung ketika dia melepaskan tembakan rambang menerusi Facebook, selepas memuat naik pautan 73 halaman manifesto di 8chan.

8chan adalah laman web yang disertai berjuta pengguna tanpa nama yang dirahsiakan identitinya dan sebelum ini menjadi lubuk perkongsian kandungan pornografi kanak-kanak.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu dan berniat untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

Semua mangsa kejadian adalah umat Islam, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Tragedi itu mengejutkan seluruh dunia, dengan Perdana Menteri Jacinda Ardern memperuntukkan undang-undang yang menyekat rakyat New Zealand untuk mengakses senjata api.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close