Artikel KhasBerita UtamaPendapat

Papan tanda tulisan Cina, kenapa tidak tahu bahasa kebangsaan?

DAP sedang hina kaum Cina buta huruf, tak pandai baca tulisan Melayu?

TINDAKAN beberapa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menampal tulisan Cina pada papan tanda jalan raya jelas memperlihatkan bahawa mereka telah ketandusan idea dalam memperjuangkan agenda parti, sehingga sengaja melakukan provokasi murahan supaya perkara ini menjadi isu, sekali gus membangkitkan sentimen kaum Cina menyokong DAP.

2. Jangan dek kerana terdesak meraih undi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak, DAP Sarawak dengan sengaja membangkitkan isu-isu sentimen perkauman bagi tujuan memecah belah perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum yang telah lama wujud di negeri Sarawak.

3. Tidak kira rakyat Malaysia dari kaum mana sekalipun, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, dan sudah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Silibus pendidikan negara juga menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang diajar di sekolah-sekolah dalam negara kita, serta menjadi bahasa yang sepatutnya difahami dan dipertuturkan oleh semua kaum.

Bahasa Melayu juga adalah bahasa perantaraan dalam kalangan rakyat yang cintakan negara Malaysia.

4. Kerajaan wajib mengekalkan hanya satu bahasa sahaja yang digunakan pada papan tanda tanpa sebarang pengecualian.

Perintah itu bukan hanya dikenakan pada papan tanda jalan raya sahaja, malah ia juga harus dikuat kuasakan pada papan tanda iklan dan produk jualan.

Tindakan meletakkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama negara adalah tanda kedaulatan sesebuah negara yang merdeka dan harus dipertahankan dengan bersungguh-sungguh.

5. Kami tidak bersetuju sekiranya kerajaan membenarkan tulisan di papan-papan tanda jalan raya menggunakan perkataan selain bahasa kebangsaan.

Sekiranya ia berlaku, maka negara ini akan menunjukkan kepada dunia luar bahawa meskipun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 63 tahun, namun masih terdapat rakyatnya yang buta huruf dan tidak tahu membaca tulisan dalam bahasa kebangsaan.

6. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita, maka pembinaan jati diri rakyat juga bergantung kepadanya bagi memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum.

7. Justeru, rakyat Malaysia perlu diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia sejak awal usia lagi di sekolah rendah dan sekolah menengah serta tiada pengecualian dikenakan sama ada di sekolah kebangsaan mahupun sekolah vernakular.

8. Bahasa kebangsaan telah diguna secara meluas dalam segala bentuk komunikasi termasuk urusan jual beli, tempat kerja, papan tanda, iklan, sari kata rancangan dan drama di televisyen (TV), surat rasmi kerajaan, hatta pada laman web kerajaan.

Maka, tidak patut masih ada lagi yang jahil yang tidak tahu membaca tulisan kebangsaan.

9. Perbuatan menampal tulisan Cina pada papan tanda oleh DAP membuktikan bahawa ramai dari kalangan kaum Cina tidak tahu berbahasa kebangsaan atau berbahasa Melayu.

Pada masa sama, DAP sedang menghina kaum Cina kononnya majoriti daripadanya masih buta huruf atau tidak pandai membaca tulisan Melayu.

Atau adakah ini satu penzahiran kebencian atau sikap rasis melampau Cina cauvinis DAP terhadap segala yang berkait rapat dengan bangsa Melayu?

10. Kesimpulannya, MUAFAKAT mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab, rasis dan boleh menimbulkan kegusaran kaum oleh sebahagian kaum Cina cauvinis.

Tindakan keras dan tegas perlu diambil bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam kancah peperangan dalaman kelak.

Haji Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close