Berita Utama

Bukit St Paul: Tukar nama Cina mungkin ultra kiasu senyap?

Mereka tidak tahu malu, jika dilayan bukan boleh dapat undi pun

BANGI, 28 Zulkaedah 1441H, Isnin – Kerajaan Melaka tidak perlu takut dengan parti ‘kalah’ ultra kiasu yang membantah keras pertukaran nama Bukit St Paul kepada nama asalnya, Bukit Melaka, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Menyifatkan parti berkenaan tidak tahu malu, beliau berkata, puak ultra kiasu hanya akan senyap sekiranya Bukit St Paul ditukar kepada nama-nama Cina lain seperti yang ada di Melaka.

Beliau berkata, ultra kiasu sangat ‘alergi’ dengan sebarang identiti Melayu termasuk apabila kerajaan Melayu ketika dahulu mahu mendaulatkan Jawi dengan menggunakannya pada nama jalan serta urusan rasmi.

“Ultra kiasu takkan setuju. Justeru, jangan layan. Teruskan sahaja. Dilayankan pun bukan dapat undi mereka.

“Jangan layan parti ultra kiasu ini seperti mana kita melayan NGO Cina yang mahukan UEC diiktiraf,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ridhuan Tee turut menyelar hujah ‘bodoh’ puak ultra kiasu bahawa sejarah asal-usul Melayu beragama Buddha Hindu, dan menyarankan supaya agama berkenaan diketengahkan.

“Apabila kesultanan Melayu Melaka memeluk Islam, secara tidak langsung, identiti dan patung-patung tinggalan sebelumnya turut lupus.

“Apakah ultra kiasu ini tidak faham sejarah kesultanan Melayu Melaka? Kita bercakap soal identiti Melayu dalam sebuah negara asal-usul Melayu,” katanya.

Mengambil contoh Makkah pada zaman jahiliyah, beliau berkata, apabila Islam datang, semua patung berhala di sekeliling Kaabah dihapuskan setelah agama Islam menguasai.

“Sama juga macam India hari ini, apa tinggalan Islam ang kekal apabila Hindu berkuasa semula di India?

“Kalau kita syorkan nama Bukit China, Lubuk China dan Ramuan China ditukar atas dasar interaksi China dengan alam Melayu datang kemudin, apa pula reaksi ultra kiasu ini,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan puak ultra kiasu supaya melihat sejarah dari sudut yang tepat dan tidak memutarbelitkannya demi kepentingan sendiri.

“Kesimpulannya, hargailah toleransi Melayu yang sanggup menerima bangsa yang asing, bahasa asing, nama-nama yang asing tanpa diasimilasikan.

“Apabila ada cadangan Melayu mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang, rasionalkan isu itu dahulu bukan terus tentang dan lawan,” katanya.

Sebelum ini, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bercadang menukar nama Bukit St Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan pada awalnya milik kerajaan kesultanan Melayu Melaka.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan MCA Kota Melaka dengan mendakwa tindakan mengubah nama ikon sejarah itu sebagai tidak masuk akal.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button