Berita Utama

Kerajaan PN lemah walaupun ditadbir majoriti Melayu, Islam

Perlukah sekolah vernakular ketika ramai gagal bertutur bahasa Melayu?

BANGI, 6 Muharram 1442H, Selasa – Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang lemah walaupun majoriti anggota Kabinetnya dipegang oleh pemimpin Melayu, Islam.

Demikian luahan kesal Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Luqman Ab Hamid terhadap kegagalan kerajaan memansuhkan sekolah vernakular, bahkan semakin memperkasakannya menerusi rancangan pembinaan baharu.

Sebelum ini, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique memberi jaminan tidak akan memansuhkan sekolah vernakular, kononnya demi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Halimah berkata, usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia mampu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan lain.

Lebih mengejutkan, apabila kerajaan didakwa merancang untuk menambah lagi sekolah vernakular menerusi 10 lagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina.

Akhbar The Star memetik Sin Chew Daily melaporkan, rancangan yang didakwa diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong itu mendapat pujian daripada pertubuhan radikal Cina, Dong Zong. 

Kecewa dengan pendirian kerajaan PN, Luqman menyifatkan parti-parti di dalam PN seolah-olah sudah ‘bankrap’ idea perjuangan Melayu dan patriotisme.

“Apa ada dengan sekolah vernakular ketika ramai gagal bertutur bahasa kebangsaan dengan baik?

“Banyak lagi alasan jika mahu diketengahkan. Masihkah tuan-tuan mahu memilih logo ‘dacing’, mahupun ‘bulan’ atau ‘bulan sabit’?,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button