Berita Utama

Pengerusi MUIS terima Pingat Johan Bakti Setia

Ustaz Zamri terpilih di atas sumbangan kepada Jabatan Penjara

KAJANG, 6 Muharram 1442H, Selasa – Timbalan Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Datuk Haji Zamri Hashim menerima Pingat Johan Bakti Setia (Anugerah Menteri Dalam Negeri) sempena sambutan Hari Penjara ke-230 tahun ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) dianugerahkan pingat kebesaran itu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada majlis sambutan yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Penganugerahan pingat berkenaan sebagai pengiktirafan tertinggi menteri kepada individu terpilih di atas kesetiaan berbakti dalam sistem pemulihan Jabatan Penjara Malaysia.

Selain itu, Ustaz Zamri yang memegang jawatan Yang Dipertua gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Ipoh menerima anugerah di atas jasa dan sumbangan beliau kepada Jabatan Penjara Malaysia selama ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button