Berita Utama

Tanah Rizab Melayu makin berkurang, tanah haram Musang King berleluasa

Ambil tindakan tegas, meskipun mereka bergelar pembesar dan jerung

BANGI, 6 Muharram 1442H, Selasa – Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah percaya tindakan meluluskan tanah kepada ultra kiasu akan dikutuk oleh generasi akan datang.

“Sejak dahulu kita dibelikan dengan duit. Akhirnya, semua tergadai.

“Maruah agama, bangsa, negara dan tanah air tergadai. Tidak adakah sekelumit rasa bersalah menggadaikan semua ini.

“Dosa besar sebegini tidak oleh diampunkan. Tidak kira siapa terlibat, termasuk dalam kalangan pembesar, jika ada,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Lantaran itu Prof Ridhuan Tee menggesa pihak tertentu untuk mengkaji serta mengambil semula tanah yang sudah tergadai bagi mengelakkan situasi seperti Genting Highland tidak lagi berulang.

“Daripada 99 tahun telah menjadi 999 tahun, mungkin selama-lamanya. Menyesal kemudian tidak berguna.

“Siasatlah hingga ke akar umbi. Ambil tindakan tegas, meskipun mereka bergelar pembesar dan jerung. Pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar dosanya,” katanya.

Pada masa sama, Dr Ridhuan Tee hairan apabila Tanah Rizab Melayu yang ‘halal’ semakin hilang dan berkurang, manakala tanah haram Musang King, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa.

“Hairan sungguh! Yang halal tidak dijaga, yang haram dibiarkan bermaharajalela. Inilah kuasa wang ultra kiasu.

“Dengan wang dan ‘durian king’, mereka rasuahkan anak-anak kita, daripada pejabat tanah hinggalah kepada pemimpin. Kita tutup mata. Hanyut dengan duit, duit, duit,” dakwanya.

Beliau turut mempersoalkan berapa banyak lagi tanah berdaulat tergadai begitu sahaja.

“Sudah banyak tanah berdaulat terlepas kepada ultra kiasu negara jiran yang dahulunya tanah Singa. Apa dah jadi.

“Berapa banyak lagi tanah ini akan terlepas. Cuba buat kajian tanah-tanah dan aset-aset yang sudah terlepas kepada ultra kiasu, tidak perlu saya sebut negerinya. Jika tanah Singa pun sudah terlepas, Pulau Batu Putih pun terlepas. Inilkan pula Pulau Pisang yang sedang menjadi pertikaian.

“Ultra kiasu terus tinggal di tanah yang luas. Peribumi tinggal di rumah pangsa. Wajarkah semua ini,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button