Berita Utama

COVID-19: Kluster Bukit Tiram, Mambong ditamatkan hari ini

Tiada kes kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster ini

KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1442H, Rabu – Dua kluster, masing-masing Kluster Bukit Tiram di Johor dan Kluster Mambong di Sarawak, diisytiharkan tamat hari ini.

Kementerian Kesihatan melalui laman Twitternya memaklumkan Kluster Bukit Tiram sebelum ini merekodkan 10 kes positif merangkumi enam warga Malaysia dan empat bukan warganegara.

Kementerian itu turut memaklumkan bagi Kluster Mambong, tujuh kes dilapor melibatkan lima warga Malaysia manakala selebihnya warga asing.

“Tiada kes kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster ini. Jumlah (keseluruhan) kluster tamat kini sebanyak 91,” demikian menurut hantaran itu.

Semalam, empat kluster di Sarawak ditamatkan iaitu Kluster Sentosa, Kluster Satok, Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Melbourne dan Kluster Kejuruteraan Kuching.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button