Berita UtamaDunia

FOA anjur Minggu Aqsa 2022 pertahan hak rakyat Palestin

Hampir 50 buah negara bakal mengambil bahagian

LONDON, 15 Rejab 1443H, Khamis – Hampir 50 buah negara bakal mengambil bahagian dalam program Minggu Aqsa 2022 yang berlangsung pada 24 Februari sehingga 2 Mac ini.

Penganjur program iaitu Friends of al-Aqsa (FOA) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertapak di Britain berkata, ia dianjurkan bagi mempertahankan hak asasi manusia rakyat Palestin dan melindungi Masjid al-Aqsa.

Program itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti perbincangan yang dikelola oleh pihak masjid, universiti, majlis perbandaran dan Parlimen, lapor Arab News.

Pada Minggu Aqsa 2022 juga turut diadakan bengkel dan aktiviti berbentuk pendidikan tentang warisan di masjid suci serta memberi tumpuan kepada isu di Palestin.

“Ia adalah minggu yang menakjubkan bagi semua individu dari seluruh dunia untuk menganjurkan perbincangan serta meningkatkan kesederan mengenai Masjid al-Aqsa dan rakyat Palestin,” kata FOA.

Penganjuran Minggu Aqsa 2022 bukanlah kali pertama sebaliknya pernah diadakan pada tahun 2017 oleh FOA.

Program berkenaan dianjurkan bertujuan menyebarkan sejarah mengenai Al-Aqsa, selain ancaman yang dihadapi oleh penduduk Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button